Pengenalan

Septact Enterprise ditubuhkan pada 8 Oktober 2007 bertujuan untuk memberi perkhidmatan perniagaan kepada mana-mana agensi yang memerlukan perkhidmatannya. Antara pakej perkhidmatannya adalah seperti yang tersenarai dibawah.

  1. Perkhidmatan Percetakan

  2. Perkhidmatan Photostat

  3. Perkhidmatan Binding

  4. Perkhidmatan Rekabentuk dan

  5. Studio Gambar

Septact Enterprise merupakan syarikat perniagaan milik bersama ahli-ahli Kelab Usahawan Muda, yang mana ianya dimiliki 100% Bumiputera. Dengan kadar permintaan perkhidmatan yang tinggi maka Septact Enterprise ditubuhkan bagi memenuhi ruang permintaan di kala ini.

Dengan keadaan ekonomi yang aktif, dan berbekalkan semangat serta tenaga mahir yang terdapat dalam syarikat ini maka syarikat ini ditubuhkan untuk bersaing secara sihat di dalam arus perniagaan dan bersama meningkatkan taraf ekonomi.

Objektif

Tujuan utama perniagaan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik kepada mana-mana agensi yang berminat untuk berurusan dengan syarikat ini. Selain itu Septact Enterprise juga bersedia menjadi perantara syarikat yang akan melancarkan pergerakan syarikat pelanggannya.

Bagi mencapai kejayaan yang unggul, kerjasama Septact Enterprise dan pelanggan-pelanggannya perlu berada di tahap maksima kerana dengan cara ini sahaja para pelanggan akan mendapat kepuasan berurusan dengannya. Dengan cara ini juga, Septact Enterprise akan dapat mensasarkan objektifnya ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

Pengurusan

Syarikat ini ditadbir sepenuhnya oleh pelajar-pelajar yang menganggotai Kelab Usahawan Muda Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur sesi 2007-2008 dan setap seorang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang berkemahiran dan memilik pengkhususan dan kelulusan dalam bidang Teknologi Maklumat, Multimedia, Perakaunan dan Perniagaan. Ianya merangkumi Pengurus, Eksekutif Operasi, Eksekutif Pentabiran dan Kewangan serta tenaga-tenaga mahir untuk urusan operasi syarikat ini.

Carta Organisasi

Tenaga Mahir

Septact Enterprise disertai oleh tenaga-tenaga mahir dalam bidang masing-masing. Krew yang menganggotai unit kerja syarikat ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang berkemahiran dan memilik pengkhususan dan kelulusan dalam bidang Teknologi Maklumat, Multimedia, Perakaunan dan Perniagaan.

Skop Operasi & Perkhidmatan

Syarikat ini akan beroperasi mengikut jadual kerja atau perkhidmatan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia .

Perkhidmatan Percetakan

1.1 Kad Perniagaan

1.2 Kad Perkahwinan

1.3 Pelekat

1.4 Brochur

1.5 Banner & Banting


Perkhidmatan Fotostat & Binding

Perkhidmatan Rekabentuk Grafik dan Multimedia



  • Kepala Surat

  • Logo

  • Poster


Pembangunan Laman Web

Perkhidmatan Fotografi

Perkahwinan

Korporat & Majlis Rasmi

Membekal Pakaian dan Kelengkapan Sukan

Membekal Kelengkapan Pejabat

Membekal dan Menyelenggara Perkakasan Komputer

Penjenamaan Semula Produk

Khidmat Pengiklanan.